04 Mei 2022

Tugas Kita Sehingga Mati


KUALA TERENGGANU - Tugas manusia diatas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan dan menyembah Allah sehingga nyawa berpisah dari tubuh.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato ' Ustaz Husain Awang berkata, kegembiraan umat Islam itu adalah berlandaskan suluhan daripada Allah.

"kegembiraan kita adalah berpandukan syariah, bukan kegembiraan untuk memenuhi hawa nafsu,

"kita bertakbir membesarkan Allah, Allahuakbar, menyanjung dan menjunjung tinggi Allah, 

"saya bagi pihak seemua kepimpinan, petugas dan tenaga kerja PAS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat negeri Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalan satu kenyataan video sempena 1 Syawal pada Isnin, 2 Mei.

Oleh itu beliau mengajak semua umat Islam agar terus berdoa untuk memohon keampunan dan kesejahteraan daripada Allah.

"begitu juga kepada Perantau semoga selamat sampai dan kembali, kita bermaaf-maafan, semoga kita semua dilimpahi keberkatan serta sentiasa bersatu padu," katanya 

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...