Dosa Siapa Penduduk Islam Malaysia Hanya 65 Peratus?


KUALA TERENGGANU - PAS tidak pernah melakukan dosa kepada rakyat dan negara sejak parti itu ditubuhkan kerana perjuangan PAS tetap kekal menegakkan Islam.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Senator Dato’ Haji Husain Awang berkata, dosa yang besar ialah menurunkan kadar populasi umat Islam kepada 65 peratus dalam negara ini.

“Siapa yang menyebabkan berlakunya penurunan kadar populasi umat Islam kepada 65 peratus dalam negara ini,” soal beliau.

Beliau berucap dalam Majlis Dialog antara Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan wakil dari Pas Cawangan seluruh Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai di sini pada Khamis, 7 Julai 

Turut hadir Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Mohd Harun Esa, Pengarah Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri, Ustaz Mohd Soud Said dan beberapa pimpinan lain.


Ustaz Husain berkata akibat dari itu penduduk bukan Islam semakin ramai dan mempengaruhi pengundian dalam pilihan raya di negara ini.

Sementara itu beliau menjelaskan walaupun beliau tidak menyertai kerajaan Terengganu sebagai wakil rakyat namun yang menjadi Menteri Besar Terengganu ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Walaupun saya lebih tua, Menteri Besar Terengganu lebih muda tetapi Dr Ahmad Samsuri adalah Presiden PAS,” tegasnya.

Justeru itu tidak timbul soal parti menguasai kerajaan Terengganu kerana senario tersebut.

Tamat.

Ulasan