40 Ameerah Sambut Hari Lahir Bersama Masyarakat


KUALA NERUS – Seramai 40 orang anggota Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir meraikan ulang tahun kelahiran bersama, membina ukhuwah dan menjalin silaturrahim dengan masyarakat setempat. 

Ketua Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT), Ustazah Rohayati Nordin berkata,  sambutan bersejarah itu mengukuhkan hubungan dua hala, diantara golongan muda dan pemimpin. 

“Memperkenalkan Ameerah sebagai satu platform untuk golongan muda bersosial sambil  menyemai bakti kepada masyarakat. 

“Rata-rata peserta memberi reaksi teruja atas keraian dan disamping bertujuan memperkenalkan Ameerah kepada masyarakat setempat,” jelasnya.

Beliau yang juga isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di sebuah restoran, di kampung Guntung DUN Buluh Gading, kelmarin.

Dengan itu, beliau berharap agar semua golongan wanita muda mempunyai kesedaran yang tinggi untuk hidup bermasyarakat.


“Insya Allah dengan kesedaran sikap dan rasa tanggungjawab bermasyarakat ini boleh menjauhkan golongan muda dengan masalah-masalah seperti kemurungan, tekanan perasaan (depression) dan sebagainya,” ujar beliau. 

Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Hilmi Harun turut mengucapkan tahniah di atas penganjuran program tersebut.

“Tanpa disedari, kaum wanita ini mempunyai banyak tanggungjawab dan peranan. 

“Wanita muda terutamanya merupakan aset penting untuk membina negara,” katanya.

Tambahnya, keraian sederhana tapi sangat bermakna kerana isteri ADUN, memakaikan brooch muslimah, acara belahan kek serta menyampaikan hadiah birthday kepada semua peserta.

Ulasan