Pertahan Kemenangan, Pertahankan Kebenaran


KUALA NERUS - Kemenangan PAS Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) mestilah dipertahankan kerana ianya juga bermakna mempertahankan kebenaran menegakkan Islam dalam pentadbiran. 

Mengulas lanjut, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Dato'  Siti Zailah Mohd Yusoff mengajak muslimat yang hadir untuk melihat perbezaan sebelum PAS dan selepas parti mengambil alih tampuk kerajaan. 

"Sudah tentu kita lihat perbezaan yang begitu jauh, bukan semata-mata pentadbiran yang hendak membawa rakyat kepada Allah.. hendak membawa rakyat kepada ajaran Allah yang sebenar... 

inilah perintah Allah kepada nabi, dan inilah juga yang kita perjuangankan, 

"Apabila kita mentadbir negeri ini, tempat orang miskin dapat berteduh, orang kaya dapat berbakti, tempat kerajaan dapat membantu, memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan," terangnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Muslimat Terengganu sempena Pra Himpunan Teguh Pertahan pada 22 September di Kompleks Sukan Gong Badak di sini. 


Turut sama sepentas berceramah dalam slot Bicara Tokoh Mujahidah Bersama Super Woman Dalam PAS ialah Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Zarani Othman, Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor dan Pengarah Ameerah Terengganu, Ustazah Asma Abdullah. 

Seterusnya beliau mengingatkan bahawa  cabaran mempertahan kemenangan yang meletakkan Islam menjadi tunjang pentadbiran amat berat. 

"Insya-Allah  kita bersatu dengan keimanan yang teguh dan keyakinan apa yang kita bawa ini untuk menjunjung kalimah Allah, menjunjung perintah Allah, Insya-Allah, 

" Allah dan para malaikat akan membantu kita. sebagaimana Allah Taala telah membantu sahabat sahabiah terdahulu, sebagaimana Allah SWT membantu tentera Badar, Allah inilah yang akan membantu kita mempertahankan Negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah untuk Teguh Bersama Dengan Islam, insyaAllah. kena yakin dengan Allah, " ujarnya memberi kata-kata semangat

Ulasan