KUALA TERENGGANU - Pemuda PAS Terengganu membidas tindak tanduk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan tindakannya memungkiri janji.
Ketuanya, Ustaz Harun Esa menegaskan, perbuatan menyebar perbincangan dan gambar pertemuan tertutup adalah tindakan yang terkutuk.
Katanya, perkara itu juga menggambarkan sikap tidak amanah dan bertanggungjawab mereka.
“Dahulunya gambar dan isi perbincangan ini tersebar melalui sumber dalaman atau sumber tak mahu dikenali. Namun, kes kali ini sumber tersebut sangat mahu dikenali.
“Sangat rendah dan tiada nilainya Asyraf Wajdi mahu dikenali sebagai pembocor rahsia. Pastinya ini bukan sifat seorang pemimpin,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ustaz Harun, ‘perangai gelojoh’ Asyraf itu juga dipercayai adalah untuk mencari kerusi selamat dalam PRU
“Kita memahami Asyraf mungkin terdesak untuk mencari kerusi selamat nanti setelah dua kali tewas dalam PRU lepas.
“Namun jangan menjadi hero yang belum sempat bertumbuk sudah rebah,” tegasnya.
Ulasan