Tunai Tanggungjawab Sebagai 'Khalifah' Melalui Peti Undi

 


KUALA TERENGGANU - Orang ramai diseru agar keluar mengundi pada 19 November nanti untuk menunaikan tanggungjawab  yang ditetapkan  Allah sebagai khalifah iaitu mengurus dan mentadbir bumi ini. 

Bendahari PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan,  rakyat Malaysia mesti pastikan kelangsungan kepimpinan dan pemerintahan melalui peti undi.

"Untuk memastikan suara Islam, suara rakyat dapat disampaikan oleh calon di Parlimen yang mempunyai autoriti besar dalam menentukan segala polisi kerajaan. 

"Pastikan pemimpin tersebut mampu untuk menyampaikan tentang prinsip Islam dan dasar-dasar negara," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu siaramya melalui aplikasi Tik Tok, pagi ini

Katanya lagi, jika wakil rakyat yang dipilih mempunyai integriti tinggi bermakna pengundi itu menolak penyalahgunaan kuasa, anti-Islam dan kumpulan  pro-komunis. 

"Dengan umat Islam keluar ramai-ramai  menunaikan tanggungjawab, mereka telah menunjukkan kekuatan dan kesatuan  dalam mengutamakan kepentingan rakyat,

" Menolak golongan yang angkuh sehingga melupakan kebajikan dan memastikan negara ini tidak boleh dipimpin oleh golongan yang tidak menilai kebaikan dan kesejahteraan rakyat," jelasnya.

Ulasan