Perarakan BN Suram, Isyarat Positif Kemenangan PAS


BESUT: Seluruh negeri hari ini menyaksikan kemerosotan bilangan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon.

Yang DiPertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menjadi isyarat penolakan penyokong BN terhadap parti tersebut. 

“Kehadiran penyokong UMNO-BN sangat mengejutkan, bilangan mereka tidak lagi seperti sebelum ini termasuklah di Besut ini. 

“Saat ini UMNO berada dalam saat getir bagi menghadapi pilihanraya kali ini, penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional akan bermula sejak PRU15 ini. 

“Saya yakin dan percaya jentera kita akan berkerja keras memenangkan calon yang kita angkat ini agar mampu membawa suara kita ke parlimen,” katanya dalam Ceramah Perdana PRU15 P.033 Besut di Markaz Besar, Dewan Haji Salleh, Besut di sini hari ini.


Ceramah Perdana turut menampilkan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato’ Hussain Awang dan Ketua Bahagian Bersatu Besut, Dato’ Husaimi Hussin. 

Untuk rekod parlimen Besut, Polis menganggarkan sekitar 1,200 penyokong dari Perikatan Nasional manakala seramai 550 orang penyokong Barisan Nasional (BN) dalam perarakan calon ke Pusat Pencalonan P033 di Pejabat Daerah dan Tanah Besut. 

PN menawarkan calon yang bersih dan stabil iaitu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad (BN), Abd Rahman@Abdul Aziz Abas (PH) dan Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh (GTA).

Ulasan