Rakyat Komuniti Tiong Hua Sokong PAS


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Rakyat Tiong Hua menyokong apa yang diperjuangkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) dan akan mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kali ini.

Ketua pemuda  Dewan Himpunan Pemuda (DHPP) Terengganu Alex Chan Foo Yew berkata, mereka  gembira dan menyokong calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Haji Amzad Hashim.

"Sokongan kaum Tiong Hua terhadap calon memang mereka mari sebab apa, mereka kenang budi jasa yang tolong mereka empat tahun dahulu.

"Isu banjir Datuk selesai, pokok tinggi yang bahaya, peniaga, masalah banjir , masalah kebakaran Datuk turun. Datuk memang cakna," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program makan malam bersam Komuniti Tiong Hua, di Restoran Ocean di sini, pada Isnin, 7 November.

Justeru itu, beliau berharap semua pengundi agak bijak memilih dan mengundi calon dari parti PAS.

"Datuk memang calon yang terbaik sebab dia tak kira parti , bangsa melayu, Islam, buddha, cina semua dia tolong. 

"Kita bukan  melayu memimpin parti Islam memimpin  sebab Islam adil untuk semua.

"PAS adil untuk semua," tambah beliau.

Ulasan