RM 200 ribu Pembangunan dan Infrastruktur Kaum Cina


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM200 ribu diperuntukkan untuk menaiktaraf projek untuk membangunkan infrastruktur, membaik pulih dan mencantikkan lagi pemandangan di Kampung Tiong, untuk kaum cina.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Haji Amzad Hashim berkata, beliau berusaha menjaga kebajikan rakyat tak kira kaum terutama di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

“Kita tahu Kampung Tiong tempat tumpuan dikalangan kaum cina. Kita membelanjakan peruntukan yang agak banyak memperbaiki keadaan di sana termasuk Pasar Kampung Tiong.

“Yang terbaru saya meluluskan peruntukan hampir RM80 ribu naik taraf suasana pasar Kampung Tiong. Ganti banyak kanopi yang buruk dan saya telah meluluskan program pengindahan serta saya telah mengusahakan peruntukan Kementerian Perpaduan untuk diganti pintu gerbang, saya dapat peruntukan lebih RM120 ribu lebih , itu dalam proses,” jelasnya.


Beliau yang juga Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian dalam siaran langsung Nasi Dagang Tea Tarik di Facebook KTTV, pada semalam.

Menurutnya, beliau juga telah berjaya menyelesaikan masalah penghalang dalam saliran yang ada di kawasan tersebut.

“Saya rasa hairan sejak sekian lama tidak kenal pasti oleh pentadbiran terdahulu tapi kita dapat menyelesaikan.

“Sehingga ramai jumpa saya ucap terima kasih. Sebelum ini kalau hujan sekejap akan banjir,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengusahakan peruntukan membina pagar perkuburan untuk kaum india dan mendapatkan bantuan bekalan air kepada penduduk yang tidak pernah mendapat perkhidmatan air sebelum ini.

“Kaum india sangat hargai bagaimana kita membantu bina pagar perkuburan. Bila tiada pagar masyarakat keliling ramai yang tak bertanggungjawab bila tengok tanah kosong buang sampah di dalam kubur hindu, pada saya ini memalukan.

“Mereka tak pernah dapat bekalan air berpuluh tahun tak dapat bekalan air pertama kali dalam pentadbiran kita, saya usahakan dengan SATU supaya mereka dapat air.

“Begitu juga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin (SMJK Chung Hwa Wei Sin) dua kali beri peruntukan untuk bantu usaha pendidikan naik taraf beberapa perkara,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar para pemimpin tidak membezakan mana-kaum untuk berkhimat membantu rakyat .

“Jangan takut jadi pentadbir bukan untuk orang islam sahaja , bukan orang PAS sahaja kita tak membeza-bezakan. Mereka yang berhak dapat bantuan,” tambah Amzad lagi.

Ulasan