RM33 Juta Untuk Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Rakyat


 Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM33 juta diperuntukkan untuk membangunkan infrastruktur dan memenuhi keperluan rakyat dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Haji Amzad Mohamed berkata, banyak rancangan berkaitan dengan pembangunan , kebajikan dan kesejahteraan rakyat masih dalam pelaksanaan. 

“Beberapa  projek utama yang telah saya usahakan sehingga mendapat kelulusan  antara  lain berkitan masalah nelayan di Sungai Ibai yang pada tahap sekarang telah mendapat kelulusan peruntukan dan dalam proses pemberian kotrak kepada pelaksana.

“Yang ni saya rasa akan dilaksanakan dengan kadar yang segera, melibatkan kos lebih daripada RM23 juta dan juga di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kita usahakan  projek pembangunan KTCC Promenade yang menghadap  waterfront melibatkan peruntukan RM10 juta  yang kita akan laksanakan,” jelasnya.

Beliau yang juga calon PN Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas penamaan calon di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, pada semalam.

Katanya, pelbagai isu yang menjadi keutamaan berkait masalah kemiskinan, infrastruktur, perparitan dan memperkasakan pendidikan anak-anak di kawasan Kuala Terengganu.
|

“Ini sentiasa  menjadi tumpuan saya lebih-lebih lagi di era kita perlu menyediakan anak-anak yang boleh menyesuaikan diri dengan pelan hala tuju pembangunan negara memerlukan kemahiran dalam teknologi dan juga sains.

“Jadi inilah perkara yang penting  di dalam era revolusi perindustrian IR 4.0 sekarang,” ujarnya.

 Selain daripada itu, tumpuan juga akan diberikan tentang aspek keusahawanan melibatkan kelompok komuniti penjaja, persatuan penjaja kecil dan peniaga melayu terutamanya pasar dan pasar malam.

“Ini adalah perkara yang sentiasa kita perjuangkan kerana ia melibatkan komuniti  yang  ramai di kalangan warga rakyat Terengganu. 

“Dan sudah tentu sebagai parti PAS soal berkaitan dengan memperkasakan penghayatan Islam itu sendiri memperjuangkan syariah perkara yang akan terus kita perjuangkan di peringkat parlimen di peringkat negara kita,” katanya.


Justeru itu, beliau berharap PAS dan Perikatan Nasional (PN) mendapat kemenangan yang lebih besar dalam PRU bukan sahaja di Kuala Terengganu tetapi di seluruh negara. 

“Saya memohon supaya sokongan gelombang yang telah  ada ini  dalam bentuk sokongan pada hari mengundi. Itu yang lebih penting. Saya tahu dikalangan anak muda terutama sekali mempunyai hasrat untuk  melihat  penubuhan sebuah negara  yang mana kerajaan  bersih dan stabil.

“Kalau kita bercakap  di kedai kopi semata-mata ia tidak membawa apa-apa, merungut tidak menyelesaikan masalah.

“Caranya adalah dengan mengundi PAS untuk di Terengganu ini  yang menjadi kompenan kepada PN dan seruan secara umumnya ke seluruh negara iaitu untuk undi PN kerana menjanjikan kerajaan yang bersih  dan juga stabil serta kerajaan terbaik.

"Kita tak mahu 'good' kita tak mahu 'better'  kita maju yang 'best' yang terbaik  yang akan membentuk sebuah kerajaan yang  mempunyai potensi untuk dilonjak lagi  di dalam memajukan negara kita," tambah beliau lagi.

Ulasan