Rosol Yakin Gelombang Anak Muda Menangkan PN

 


HULU TERENGGANU - Dato' Rosol Wahid yakin gelombang anak muda di  Hulu Terengganu akan menyumbang kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN).

"Semua yang hadir pada malam ini memiliki keinginan bagi memastikan Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia tercinta.

"Ia akan dapat direalisasikan pada 19 November ini, saya yakin dan percaya dengan sokongan dan dokongan semua, Hulu Terengganu akan hadiahkan satu kerusi untuk Kerajaan Malaysia yang akan dibentuk nanti selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Prihatin dan Pelancaran Jentera PN PRU 15, di sini, hari ini.

Katanya, jentera PN akan  bersama-sama bekerja keras dan akan menghijaukan Hulu Terengganu.

"19 November nanti berikan undi kepada PN berlambangkan PAS untuk Hulu Terengganu ini," ujarnya lagi.

Ulasan