KUALA TERENGGANU - Satu undi untuk Perikatan Nasional adalah satu langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Bersih dan Stabil (BEST).
Calon Parlimen Kuala Terengganu Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, usaha ke arah itu akan diteruskan lagi apabila mendapat sekali lagi dari rakyat.
"Kepada warga Kuala Terengganu, saya menawarkan khidmat bakti saya untuk menjadikan Kuala Terengganu ke arah sebuah bandaraya yang dinamik, berdaya saing dan berteknologi tinggi," jelasnya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian dalam laman sosialnya pada hari ini.
Menurutnya, agenda utama beliau yang adalah jelas tetapi memerlukan sokongan daripada rakyat Kuala Terengganu untuk mengundi parti PAS.
Saya mohon warga Kuala Terengganu untuk beri saya sekali lagi peluang bagi meneruskan kerja yang masih berbaki demi kesejahteraan kita bersama.
"Jangan lupa Undi Calon no empat bagi P036 Kuala Terengganu untuk Kuala Terengganu Sejahtera," ujar beliau.
Ulasan