DUNGUN - Penyandang kerusi Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli disifatkan sebagai pembela nasib nelayan yang berpuluh tahun terpaksa berhadapan risiko kematian.
Ahli Lembaga Persatuan Nelayan Dungun, Bahiyuddin Awang @ Harun, 36 berkata, kerja keras calon PAS itu telah mendapat perhatian daripada kerajaan pusat.
Menurut Bahiyuddin, menerusi Kementerian Air dan Alam Sekitar(KASA) bersetuju membina Benteng Pemecah Ombak di Kuala Dungun yang diibaratkannya sebagai ' cahaya di hujung terowong yang gelap'.
"Setiap tahun pasti ada kematian akibat daripada bot terbalik disebabkan muara sungai yang cetek, kehilangan harta benda, harga fiber RM300,000 dengan lima nyawa,"
"Selain terpaksa mendarat di jeti Kemaman dengan kos yang bertambah, bila adanya benteng ini, masalah yang menghantui nelayan sejak tahun 70 an, akan selesai," jelasnya.
Beliau yang ditemui sewaktu lawatan Ustaz Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Dungun ke Kuala Dungun, di sini pada Selasa 15 November.
Kata beliau, selama ini masalah muara tersebut hanya menjadi mainan dan janji-janji politik untuk menang pilihan raya.
"Menang nanti kita buat benteng, kesudahannya benteng tak nampak, lulus lulus doh tetapi benteng tak dok, tetapi Alhamdulillah bila Ustaz jadi Ahli Parlimen dan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan Malaysia, yang PAS salah satu parti kompennya, hasrat nelayan jadi nyata," katanya.
Sementara itu Ustaz Wan Hassan menjelaskan, setelah pertukaran kerajaan Perikatan Nasional maka usaha telah diambil dengan maklumat bahawa projek ini pada asasnya ada dalam senarai tetapi tidak diberi peruntukan.
"Oleh kerana itu, bila kita dapat maklumat maka usaha- usaha untuk dibawa kepada Menteri Alam Sekitar dan Air dengan mengemukakan surat permohonan dan rayuan daripada Ahli Parlimen.
"Kemudian mendapat maklum balas memerlukan dokumen sokongan tentang keperluan mendesak pemuliharaan muara sungai ini berasaskan rekod kerosakan bot yang melibatkan angka ratusan ribu, bukan sahaja harta benda bahkan nyawa," jelasnya.
Tambahnya, setelah laporan itu dihantar, ia diproses oleh kerajaan dan akhirnya menjadi kenyataan dalam tempoh 17 bulan 15 hari dan dijangka siap pada 2027.
" Insya Allah kita berdoa agar ianya tiada Ini memberi impak positif kepada mata pencarian, pelancongan dan peningkatan tangkapan sehingga satu masa ada limpahan ikan dan ini menjadi harga ikan lebih murah rakyat di Dungun.
" Terimakasih kepada Menteri KASA, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah mengambil tindakan dalam tempoh yang tidak sampai tiga tahun telah menyelesaikan masalah berpuluh tahun yang diharapkan oleh nelayan dan rakyat setempat," ujarnya lagi
Ulasan