Pengurusan 'Supply Chain' Penting


KUALA TERENGGANU - Penyelesaian pengurusan rantaian bekalan (Supply Chain) membolehkan pengawasan aliran barangan daripada pembekal melalui pembuatan ke tangan pelanggan. 

Pengeluaran berjalan lancar apabila semua bahan tersedia dan berada di lokasi yang betul, menjadualkan mesin serta sumber tenaga kerja dengan tepat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Dr Azman Ibrahim berkata konsep asas 'supply chain' perlu dipraktikkan.

"Kerajaan pusat perlu mampu menangani semua peringkat dalam rantaian pengeluaran yang saling berkait antara satu sama lain kearah penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. 

"Antara konsep asas basic concept supply chains ialah bagaimana suatu proses transformasi dari bahan mentah kepada produk akhir dilaksanakan seterusnya produk ini sampai kepada pengguna." ujarnya. 

Beliau yang juga Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu berkata demikian dalam satu kenyataan, mengulas isu kekurangan telur ayam di pasaran masa kini. 

Menurut beliau, konsep rantaian bekalan lengkap laksanakan dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023. 

"Hasilnya alhamdulillah, kita mampu elakkan fenemona kerja berhenti sekerat jalan. Cuma ada keterbatasannya dalam bidang kuasa sebuah Kerajaan Negeri," tambah beliau, 

Ulasan