Sumbang 'Kit Wanita' Kepada Mangsa Banjir

 


Oleh : Aisyah Mardhiyyah

KUALA TERENGGANU - Ameerah Terengganu berusaha membantu sedaya upaya  meringankan beban mangsa banjir dengan menyumbang bantuan 'kit wanita' di berapa Pusat Perpindahan Sementara (PPS).

Ketuanya, Asma Abdullah berkata, ia sedikit sebanyak membantu mangsa yang terlibat bencana alam.

"Hari ini kami turun dalam misi bantuan di PPS Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus.

"Pada tahun ini banjir yang agak luar biasa. Maka sama-samalah kita membantu semua tak kira siapa pakat kita bantu," jelasnya.


Beliau berkata demikian selepas program bantuan, di sini, pada hari ini.

Menurutnya, misi bantuan merupakan program tahunan Ameerah yang mana diadakan untuk membantu mangsa banjir.

Justeru itu, beliau berharap agar mangsa banjir supaya dapat bersabar dan redha dengan ujian yang dihadapi.

"Kepada semua sahabat sama-sama bantu memberi sumbangan kepada kami.

"Semoga Allah permudahkan urusan," ujar Asma.

Beliau menambah, sesiapa yang ingin menderma dialu-alukan bagi  membantu mereka yang memerlukan.

"Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu, CIMB : 8603354723.

Sekiranya ada pertanyan boleh hubungi Ainun Solehah, 0 14-518 3641," katanya.

Menurutnya, di PPS Sekolah Kebangsaan Paloh, seramai 363 orang yang terdiri 97 buah keluarga.

Manakala, Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, 105 buah keluarga, jumlah bilangan 418 orang dan Sekolah Kebangsaan Padang Air jumlah keluarga 14, seramai 66 orang.

Ulasan