Tahun Ke-15 Agih Bubur Lambuk


KUALA TERENGGANU – Ramadan kali ini adalah merupakan tahun ke-15, Kelab Kebajikan Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) mengagihkan juadah iftar istimewa ‘bubur lambuk’ untuk mereka yang memerlukan.

Pengerusi KEBAP Ustaz Zakaria Dagang berkata, pada program minggu pertama semalam, sebanyak lima periuk bubur tersebut telah dimasak dan diedarkan.


“semalam kita dapat agihkan lebih 500 bekas kepada mereka yang lalu di Jalan Sultan Omar, dekat Pejabat PAS Terengganu,

“disempunakan edarannya dengan kehadiran Setiausaha Perhubungan YB Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu,” kata beliau ketika ditemui.


Oleh itu, beliau menyeru kepada mana-mana pihak agar dapat bersama-sama inisiatif KEBAP, menyumbang bagi menjadi Ramadan pada kali lebih bermakna.

“kita nak menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atau sesiapa sahaja agar dapat menyumbang bagi kelangsungan program ini yang kita anjurkan setiap hari Rabu,

“mudah-mudahan sedikit usaha dan sumbangan kita pada bulan Ramadan ini dapati diterima Allah sebagai satu bakti kita kepada masyarakat,” tambah beliau

Ulasan