Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

 


Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin 

MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sejak dahulu dan mereka juga memainkan peranan yang penting  dalam membentuk penyatuan Ummah. 

Mengulas lanjut, Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu To' Puan Zarani Othman  berkata,  lagi telah diterjemahkan dalam pelbagai bangsa di dunia dan di antara yang paling terkenal ialah tangan yang menghayun buaian mampu menggegar dunia

"Perumpamaan ini menggambarkan betapa pentingnya peranan wanita dalam membentuk masyarakat dan tanpa wanita akan lenyaplah generasi baru yang akan mengoncangkan dunia," katanya lagi.

Zarani berkata demikian ketika  berucap merasmikan  slot Bicara Wanita sempena Karnival TDM Bersama Masyarakat Marang yang  diadakan di Masjid Padang Mengkuang di sini. 

Karnival yang dianjurkan oleh TDM Berhad dengan pengisian menarik seperti kuliah maghrib, munajat perdana, konvoi motorsikal serta santai petang bersama tetamu jemputan. 


Sementara itu Pegawai perubatan Klinik Safwa, Pasir Panjang, Dr Noor 'Izzati Habin yang menjadi tetamu slot tersebut memberitahu setiap muslim mestilah menjaga  kesihatan tubuh badan biar seiring dengan kecantikan luaran agar hidup lebih sejahtera. 

Beliau turut menegur sikap  pesakit  yang datang merujuk kepada doktor hanya kerana  mengambil jalan pintas untuk cantik. 

"Mereka menggunakan barang terlarang dalam produk kesihatan sehingga menyebabkan komplikasi kardiovaskular, penyakit hati dan kerosakan organ dalaman," 

"Berlaku stigma dalam masyarakat bahawa cantik lebih utama daripada kesihatan sehingga sanggup berhabis duit dan tenaga untuk cantik.

"Sihat dan cantik kena seiring sesuai dengan keperibadian kita sebagai seorang Muslim dengan mengetengahkan elemen kebersihan," tambahnya lagi


Ulasan