Annuar Seru Rakyat Pertahan Kerajaan PAS Terengganu

 


Oleh ; Rohayati Ripin/ Foto : Hidayah Azlin

SETIU - Mantan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyeru seluruh rakyat Terengganu terutamanya ahli-ahli Umno agar mempertahankan pemerintahan PAS di negeri ini.

Katanya, beliau mencari jawapan kenapa para pengundi perlu mengundi dan memangkah Umno sedangkan parti tersebut tidak mengikut dasar.

"Di Terengganu saya cari sebab nak undi Umno tapi saya tak jumpa,  sebab apa nak pangkah Umno.

"Sebab yang pertama dasar dipertahankan tidak, dia (Umno) tak pertahankan dasar. Amanah kita dia buat ke dok, dia (Umno) tak buat, jadi kalau dasar tak betul, amanah pun tak tunai, 

"(Pengundi) pangkah (Umno) kerana tolak DAP, (tetapi Umno) dia pergi ke DAP," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Teguh Pertahan kawasan Setiu, di Dataran Pekan, Jabi, pada, Jumaat, 16 Jun.

Katanya, pada saat ini, parti Umno tidak berupaya nak menghalang apa yang dilakukan oleh DAP malah menjadi pengikutnya.


"Malah dia (Umno) pulak jadi tukang basuh, tukang bodek dan menghina sesama umat Islam.

"Strategi DAP ia nak tengok undi melayu bumiputera  berpecah. Dia (DAP) baik dengan PAS dia 'takir' PAS jadi belah dua, tapi PAS cepat khabar dan boleh semula.

"Dia pegang Umno dia harap menjadi alat untuk memecah belahkan undi dan apabila undi orang melayu berpecah belah maka DAP akan memerintah terhadap kaum majoriti," ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar  kaum melayu Islam dan bumiputera jangan berpecah belah atas dasar penyatuan serta tidak tanam kebencian kepada sesiapa.

"Pilihan Raya Negeri ( PRN) kali ini seluruh Malaysia terutama orang melayu dan umat Islam mari kita tunjuk pada dunia kita boleh bersatu padu.

Annuar menambah, umat Islam perlu teguh mempertahankan parti PAS. 

"Hak menang pertahankan hak tidak menang kena menang tak kira  melayu, bumiputera dan parti apa wajib pangkah PAS  dan (Perikatan Nasional (PN),

"Duduk dalam Umno pun kena tanam keazaman aku duduk dalam Umno aku akan pangkah PN dan PAS," tambah beliau lagi.



Ulasan