Hentikan Gurauan Merendahkan Wanita

 


Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Anwar Ibrahim kelihatan terlalu jauh dengan watak reformis selepas menjadi Perdana Menteri.

2. Tidak cukup dengan imej mewah menaiki helikopter ke sana sini, menari dan menyanyi di saat rakyat tertekan dengan kenaikan kos sara hidup, kini terserlah imej suka bergurau seksis pula dengan wanita malah dengan gadis bertaraf cucu.

3. Sewajarnya Perdana Menteri menunjukkan watak yang terhormat kepada rakyat tidak kira umur dan latar belakang. Rakyat lelaki atau wanita patut merasa selamat apabila berhadapan dengan Perdana Menteri menyuarakan isu-isu mereka

4. Ameerah Malaysia dengan ini menasihati Perdana Menteri supaya menghentikan gurauan merendahkan wanita yang membuka ruang normalisasi kepada lelaki kebanyakan. Normalisasi ini telah pun berlaku di ruang-ruang komen media sosial mempertahankan Perdana Menteri seterusnya  menyambung lagi gurauan yang tidak beradab kepada wanita.

Kuasa jangan sampai melupakan batas sempadan akhlak dan tatasusila.

YB Dr. Ustazah Siti Mastura Muhammad

Ketua Pengarah Ameerah Malaysia/ Ahli Parlimen Kepala Batas


27 Jun 2023

Ulasan