RM 97,712.00 Infaq Lailatulqadar


KUALA TERENGGANU -  Dewan Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam berjaya mengumpul wang sebanyak RM 97,712.00 sempena Infaq Lailatulqadar, Ramadan lalu.. 


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, duit tersebut merupakan sumbangan orang ramai pada bulan mulia yang penuh keberkatan lalu.


"Hebat para muslimat kita, dalam tempoh sebulan Ramadan yang lalu mereka berjaya mengumpulkan (duit sebanyak itu).


"Petang ini saya bersama Dewan Muslimat PAS DUN Wakaf Mempelam mengagihkan dana Infaq Lailatulqadar kepada lajnah-lajnah dibawah Dewan Muslimat DUN ini untuk digunakan bagi kerja-kerja dakwah dan kebajikan," jelasnya.



Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata demikian ketika berucap dalam program Taujihad dan Agihan Infaq Lailatulqadar di Dewan Pusat Tarbiyah DUN Wakaf Mempelam, pada semalam.


Menurutnya, pentingnya peranan kaum muslimat sebagai pelengkap kepada organisasi PAS. 


"Merekalah yang sentiasa kerap turun padang bertemu bersama orang kampung, mengadakan program kemasyarakatan dan kebajikan," ujar beliau.


Justeru itu, beliau berharap muslimat sentiasa siap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tak lama lagi 


"Semoga kaum muslimat kita ini terus diberikan kekuatan semangat untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri pula nanti, insya Allah," tambah beliau lagi.

Ulasan