PAS Cakna Bagi Baucer 400 Orang Ibu Tunggal


Oleh : Rohayati Ripin 

KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS mengambil cakna nasib ibu tunggal dengan memberikan bantuan baucer pembelian barang keperluan harian kepada 400 orang di daerah Setiu.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A. Rahman berkata, is sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

"Antara tawaran untuk rakyat Terengganu pada Pilihan raya negeri (PRN15) yang akan berlangsung tidak lama lagi adalah Pinjaman pembelian motosikal secara qardul hassan (no interest), Khairat Kematian sebanyak RM500, Tabung Geran Usahawan Belia (RM5 juta setahun).

"Menyiapkan jalanraya  pantai Kemaman-Besut (Jalanraya berkembar),

"Dan masih terdapat enam lagi manifesto akan diumumkan kelak, semuanya untuk rakyat Terengganu yang dirahmati Allah SWT sekalian," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Himpunan Ibu Tunggal (HIT)2023 yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Sungai Tarom Setiu, pada Khamis, 8 Jun.

Menurutnya, kerajaan PAS sedaya upaya mengerahkan tenaga memberikan terbaik untuk rakyat.

"Dan mendapatkan balik hak rakyat (iaitu royalti minyak) yang telah dinafikan oleh kerajaan pusat," ujar beliau. 

Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat di negeri ini terus menyokong dan mengekalkan kerajaan sedia ada agar program-program dakwah dapat diteruskan demi kebaikan bersama.



 

Ulasan