PAS Titik Berat Sekecil-Kecil Perkara

 


Oleh : Rohayati Ripin 

KUALA TERENGGANU - PAS amat menitik beratkan berkenaan agama dari sekecil-kecil perkara dalam pemerintahan besar ni supaya Islam berada di kedudukan paling tinggi.

Seorang anak muda yang dikenali Sarah Aqilla berkata, parti ini berusaha memartabatkan syariah di negeri ini berbanding pemerintahan pada zaman Umno dulu.

"Kita lihat di Terengganu, ditubuhkan Akademi DUAT untuk terus sebarkan program-program dakwah, pelancongan juga ada garis panduan dalam hiburan, 

Di bawah Exco YB Arifin Deraman , jika khamis malam jumaat , tak dibenarkan menjalankan aktiviti lain bagi menghormati malam jumaat," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Manakala, katanya, program berbentuk jati diri untuk belia bawah portfolio YB Wan Sukairi Wan Abdullah dibawah kepimpinan Al-Fateh, ianya bukan fokus dari sudut rohani sahaja, malah jasmani.

Justeru itu, beliau berharap orang ramai, terutamanya anak muda bijak memilih pemerintahan yang adil, telus dan berkhidmat untuk rakyat.

"Berfikir untuk sama-sama membantu menaikkan agama Allah dengan cara kita terus menyokong pemerintahan berlandaskan syariat sebegini,

"Semuanya kita buat untuk kebaikan kita rakyat juga, dengan mengariskan panduan yang berlandaskan syariat.

"Bersyukurlah dan sama-samalah kita kekalkanlah pemerintahan dibawah PAS ini," kata Sarah.

Beliau menambah, walaupun tak untuk menyumbang tenaga tetapi pilihlah pemimpin yang boleh  mentadbir dengan telus negeri ini.

"Moga segalanya Allah menilai usaha kecil kita," tambah beliau lagi.

Ulasan