Pemimpin Umno, PH Biarkan DAP Kuasai Politik


 Oleh : Rohayati Ripin/ Foto : Hidayah Azlin

SETIU - Sikap kurang cerdik pemimpin Umno dan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan mereka membiarkan parti DAP menguasai politik di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Ahmad Marzuk Shaary berkata, mereka lebih memilih pemimpin bukan bumiputera mendominasikan negara ini.

"Kita kena tolak DAP walaupun dia menyamar sebentar. Kita bawak RUU 355 dalam parlimen puak dia la yang dahulu menentang termasuk PH dan PKR sehingga dia ugut kalau bawak PH akan pecah.

"Pimpinan PAS cakap pecah pun pecahlah, (PAS) tegas bukan serupa Umno sekarang tak dan DAP minta Ahmad Maslan kata ahli-ahli Umno kena pakat undi DAP belaka," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Teguh Pertahan kawasan Setiu, di Dataran Pekan, Jabi, pada, Jumaat, 16 Jun.

Katanya, beliau menegaskan kepada perlu menolak DAP kerana dasarnya.

"Matlamat DAP dia letak dalam perlembagaan yang pertama nak jadikan Malaysia negara demokrasi yang sosial, nak mewujudkan sebuah negara Malaysia sekular yang memisahkan agama dengan pentadbiran.


"Kalau pergi parlimen kita tak boleh nak bercakap tentang agama sedangkan negara Malaysia di antara perkara paling penting yang kena tahu Islam sebagai agama persekutuan," ujar Marzuk.

Menurutnya, dahulunya Umno pernah melaungkan kata-kata bahawa parti ini memperjuangkan hak melayu tetapi kini sebaliknya apabila menyokong DAP dalam Pilihan Raya.

"Kalau Umno hak ada cawangan kampung ini tak tinggal lagi (parti Umno) berat benarla. Nak tunggu gapo lagi, rosak habis dah.

"Saya yakin orang Umno sudah tentu terbakar pedal dengan puak-puak Umno apabila janji 'No Anuar, No DAP' tiba-tiba tak dan buruk kulit pisang dia belawok (penipu) doh.dia g bergabung dengan Anuar dan DAP," katanya.

Justeru itu, beliau yakin dan percaya bahawa PRN ini jelas terbukti dan terbaik ialah gabungan PN.

"Alik DAP pun menipu kepada para pengundi alik Umno pun belawok kepada pengikutnya.

"Jadi dua-dua penyokong PH, Umno sekarang ini dua-dua yakin kepimpinan dia yang berbohong tipu pengundi dalam PRU.

"Maka dia tidak akan jadi PKR dan DAP, Umno bertambah undi gabungan dua tu tetapi makin berkurang.

"Satu demi satu gelombang menolak, kerajaan yang ada pada hari ini terutama Umno, ahli penyokong tegar Umno memberi undi kepercayaan kepada Umno, penyokong tegar PKR, PH," katanya.

Beliau yakin dengan perjuangan ini dapat memperbetulkan penyelewengan manusia samada dari sudut pentadbiran atau dari sudut apa sekalipun.

Ulasan