Ringgit Terus Lemah

 


Ringgit melanjutkan kerugiannya apabila dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang lemah terhadap mata wang tempatan. 

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit juga lemah berbanding pound British dan euro berikutan pendirian hawkish di Bank of England dan Bank Pusat Eropah.

"Persekitaran luaran kelihatan semakin goyah apabila bank pusat utama kekal bertegas dalam tekad mereka untuk menurunkan inflasi.

"Berdasarkan itu, USD/MYR dijangka kekal sekitar 4.62 berikutan sentimen pasaran yang lemah," katanya.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.6325/6385 berbanding dolar AS daripada 4.6265/6350 pada penutup semalam.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.9296/9373 daripada 5.9242/9351 pada hari Isnin, jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.2598/2643 daripada 3.2588/2650 dan lemah berbanding euro kepada 5.0582/50648 daripada 5.0582/5048 daripada sebelumnya 5.0582/0.

Begitu juga, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.3152/3378 daripada 13.2926/3236 semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4540/4590 berbanding 3.4490/4556.

 Ia lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 308.9/309.4 daripada 308.5/309.2 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.30/8.32. - agensi media

Ulasan