Tawarkan Jalan Pantai Empat Lorong


KUALA NERUS- PAS Terengganu menawarkan untuk menyiapkan jalan raya Pantai Terengganu kepada dua lorong sehala (two cariageway) dari Kemaman ke Besut menjelang 2027.


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata peruntukan sebanyak RM250 juta dengan menggunakan bajet Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).


"Tawaran adalah untuk merancakkan ekonomi rakyat setempat khususnya pelancongan Dan produk keusahawanan rakyat.


"Setakat ini Kerajaan terdahulu telah menyiapkan jalan raya Pantai dari Kemaman ke Kuala Terengganu.



"Kita akan memberikan komitmen untuk mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan jalan ini Sekitar 113 KM," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Taklimat Isu, di Dewan Komtaq, di sini, semalam.


Tambahnya, satu lagi tawaran menarik apabila PAS kembali memerintah ialah Menyediakan Tabung Geran Usahawan Beliau sebanyak RM5 juta setiap tahun bagi beliau memulakan perniagaan.


"Sasarannya adalah kepada 1,000 orang beliau yang berminat dengan aktiviti keusahawanan setiap tahun," ujarnya.

Ulasan