Terus Beri Beri Mandat Kepada PAS Terajui Kerajaan Terengganu


 PASIR GUDANG - Adalah menjadi hak rakyat Untuk memberi mandat sekali lagi kepada PAS hari ini untuk sekali lagi memastikan kerajaan meneruskan agenda dan  menunaikan semua manifesto serta menjaga kebajikan rakyat.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata respon positif mahu Kerajaan hari ini dikekalkan akan diterjemahkan dengan memberikan tawaran yang lebih baik apabila kembali memerintah pada penggal akan datang setelah kembali diberi mandat.

"Insya-Allah untuk penggal akan datang kita akan tawarkan perkara yang lebih baik sebagaimana sebelum ini yang rakyat sendiri boleh menilai setelah 20 manifesto berjaya dilaksanakan secara baik.

"Sebelum ini Kerajaan terdahulu tidak terfikir hendak buat seperti pencen rakyat, kad sejahtera, wad kelas tiga percuma dan banyak lagi yang mereka tidak pernah fikirkan kita laksanakan dengan baik di zaman Kerajaan PAS.

"Kali ini kita tawarkan pula pinjaman tanpa riba sebanyak RM4,000 kepada anak muda untuk membeli motorsikal, belum apa-apa Pengerusi UMNO, Ahmad Said tiru ini menunjukkan dia sudah ketandusan idea sedangkan kita Masih banyak lagi idea-idea yang bernas termasuk menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh," ujarnya.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui menghadiri Program Dialog dan Jamuan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, di Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai, di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, Kerajaan pada hari ini sangat terharu dengan respon positif yang diberikan oleh seluruh rakyat termasuk anak Terengganu di Perantauan yang selama ini telah sekian lama mendambakan sebuah Kerajaan yang baik, adil, saksama dan menjaga rakyat.

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan kepada seluruh rakyat yang telah memilih kami pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu.

"Alhamdulillah akhirnya kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah memerintah selama lima tahun dan berjaya menjaga kebajikan rakyat bermula lahir sehingga ke akhir hayat semua dijaga dengan rapi.

"Sehingga saya bertemu dengan golongan cendekiawan, ahli politik, golongan professional, nelayan, pekerja Kerajaan mahupun swasta, petani, dan pelbagai golongan lagi menyatakan sangat berpuas hati dan mereka memberikan keyakinan untuk memastikan kita akan kembali memerintah," ujarnya.

Sementara itu menjawab mengenai dakwaan UMNO Terengganu mengatakan Kerajaan hari ini tidak membuat sebarang Pembangunan, katanya sebagai pembangkang apa jua kebaikan yang dilakukan akan tetap jua dikritik.

"Dia akan bangkang semu perkara baik yang kita lakukan, tetapi yang boleh menilai adalah rakyat sendiri," ujarnya lagi.


Ulasan