2,000 Iringi Calon PAS Wakaf Mempelam

 


Oleh : Ammar Rozlan

KUALA TERENGGANU - Kehadiran calon PAS/ Perikatan Nasional (PN) Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam itu diringi hampir 2000 penyokongnya di Pusat Penamaan Calon (PPC),  Taman Tamadun Islam (TTI).
Beliau yang juga Setiausaha PAS Terengganu berkata, proses pernamaan calon berjalan dengan lancar dengan perarakan calon bersama penyokong dari Masjid Losong Dato Amar ke lokasi PPC.

"Dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) ini , saya akan berhadapan dengan calon dari Pakatan Harapan iaitu Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali sekaligus menjadikan pertandingan dua penjuru di DUN Wakaf Mempelam.” ujarnya


Beliau yakin, sokongan pengundi kepada PAS tidak terjejas walaupun berdepan dengan lawannya yang terlalu muda, baru berusia 27 tahun.

“Bagi saya tiada masalah siapa muda atau lebih berusia kerana sejak awal lagi saya tekankan bahawa PAS akan berkempen secara sihat,

“saling hormat menghormati, ini kerana keputusan terletak pada rakyat juga untuk membuat pilihan." Tambah beliau.


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam menyaksikan pertandingan dua penjuru membabitkan calon daripada Parti Islam Se-malaysia (PAS) dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).

Wan Sukairi juga turut diumumkan sebagai calon nombor satu, melalui undian yang telah dibuat.

Ulasan