Anwar Fitnah Saya – Muhyiddin


 Oleh Suhaimi Taib

Kuala Nerus – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin menafikan dakwaan kononnya kerajaan terdahulu tidak menghapuskan hutang peneroka FELDA sebagaimana didakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Tan Sri Muhyiddin mengulangi pengakuan bahawa hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion dihapus kira pada tahun 2021 di zaman beliau menjadi Perdana Menteri, sekali gus menafikan tindakan itu dibuat oleh kerajaan sekarang.

Katanya sebanyak 80 peratus hutang itu dihapuskan bermula tahun tersebut bukan sebaliknya.

“Anwar telah menfitnah saya dalam isu hutang peneroka Felda ini,” tegasnya.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap di Majlis Himpunan Teguh Bertahan Anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di Dataran Jambatan Angkat awal pagi ini.


Turut hadir Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Bendahari Agung PN. Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Husain Awang, pimpinan PN Pusat dan Negeri serta Pimpinan PAS Terengganu.

Pengerusi PN itu berkata, peneroka FELDA tidak perlu lagi membayar hutang kepada FELDA memandangkan pelbagai permasalahan dihadapi mereka sekarang termasuk masalah peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang serta kejatuhan nilai ringgit.

“Peneroka FELDA sudah lama tidak membayar hutang mereka kepada FELDA jadi Juru Audit (Ketua Audit Negara) mencadangkan kerajaan Malaysia menghapus kira hutang peneroka FELDA,” jelasnya.

Sementara pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM200 juta itu ialah Bon bukan untuk menghapus kira hutang peneroka berkenaan.

Sebelum itu di Kuala Lumpur, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan turut menafikan dakwaan tersebut sekali gus menegaskan beliau mengotakan janjinya bagi pelupusan hutang peneroka FELDA dan tindakan itu disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu.


Ulasan