Ayuh! Bekerja Keras, Pertahankan Kerajaan Negeri


DUNGUN - Seluruh rakyat dan semua pengundi digesa bekerja bersungguh-sungguh untuk membina kekuatan dan menggerakkan gelombang kebangkitan, mempertahankan kerajaan negeri Terengganu pada hari membuang undi nanti. 

Calon PAS/ PN bagi DUN Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi, menggenggam amanah dan  komited untuk menumpaskan pihak lawan, PHBN. 

Beliau yang berumur 37 tahun mengajak anak muda memberi pengajaran kepada kerajaan pusat yang sering tidak bercakap benar serta 'memusing' pemikiran ramai. 


“Insyaallah kita akan pertahankan kerajaan negeri Terengganu yang ada hari ini dan kalau boleh kita ajar  lawan kita kerajaan persekutuan dengan mengalahkan mereka di semua DUN,

“cetuskan satu gelombang. bukan sahaja di negeri ini, tetapi keenam-enam buah negeri insyallah akan boleh kepada Perikatan Nasional, ” tegas beliau ketika berucap dihadapan lebih 4,000 penyokong yang hadir.

Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin atau lebih dikenali sebagai ‘Dr Din’ merupakan calon termuda PAS Terengganu, tiba di Pusat Penamaan Calon pada jam 9.06 pagi dan menyerahkan borang pencalonan, 9.10 pagi. 


Lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan (MBBCh) Universiti Iskandariah Mesir dan Sarjana Kesihatan Awam Universiti Sains Malaysia(USM) itu, sedang melengkapkan pengajian Doktorat Kesihatan Awam di USM, Kubang Kerian.

Dr Din dicabar calon PHBN (PKR) Cikgu Othman bin Omar, 63, yang tiba dan menyerahkan borang pada 9.12 pagi. 

Kedudukan jumlah pengundi, DUN Sura mempunyai 30,206 orang dengan 93.5 peratus. daripadanya adalah orang Melayu Islam.. 


Justeru beliau menyeru semua yang hadir untuk  pada perhimpunan perarakan calon pada Sabtu, memuatnaik

gambar dan catatan di media sosial. 

"sebagai satu isyarat kepada semua pengundi di enam buah negeri yang bertanding agar dimenangi oleh Perikatan Nasional." tambah beliau. 

Ulasan