"Bantu Saya Memenangkan DUN Seberang Takir"


Oleh : Siti Mariam 

KUALA NERUS - Permintaan daripada Calon PAS N11 Seberang Takir, Ustaz Khazan Che Mat supaya petugas - petugas PAS membantu beliau  untuk kemenangan di DUN yang menjadi kubu Umno - Barisan Nasional-Pakatan Harapan. 

"Seberang Takir memang semua tahu BN tidak pernah kalah tapi kali ini kita akan buat satu perubahan, Insyaallah  kemenangan kepada PAS-Perikatan Nasional dengan gerak kerja bermula hari ini untuk mencapai kemenangan," katanya selepas selesai penamaan calon.

Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar di Dewan Sivik Seberang Takir di sini semalam. 

Beliau calon nombor dua ditentang penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga mantan Menteri Besar Terengganu. 

Pada PRU14, Ahmad Razif menang dengan majoriti 1,884 dan mengekalkan kerusi yang dimenanginya sejak 2008.

Sehubungan itu, Ustaz Khazan mengingatkan agar penyokong dan jentera agar tetap bekerjasama dan bersatu hati agar kemenangan dapat di kecapi.

"Saya optimis dengan melihat gelombang atau perubahan rakyat pada hari ini (yang menyokong PAS)," ujarnya.

Ulasan