Calon Wanita PAS Bukan 'Benda Baru'

 


Oleh : Sumaiyah Zakaria 

KUALA TERENGGANU - Penampilan kaum Hawa sebagai calon PAS pada satu-satu Pilihan Raya bukan bukanlah satu perkara baru dan tidak luar biasa kepada parti siasah dsn dakwah itu. 

Calon PAS/ PN untuk PRU Negeri Terengganu Ke-15  bagi DUN Ladang, Zuraida Md Noor berkata, PAS Terengganu pernah menghantar calon wanita dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 di DUN Kuala Besut. 

"Apabila parti mencadangkan nama saya, untuk bertanding ia adalah satu penerusan atau kesinambungan, 


“Sebelum ini, saya sudah menjadi ADUN Wanita yang dilantik selama lima tahun dan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi, 

"Kami juga dididik, bertanding bukan atas dasar individu, tetapi atas nama parti. PAS lawan Umno, PAS lawan BN. Jadi, tidak timbul isu jantina” tegasnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan sejurus selesai sesi penyerahan borang penamaan calon di Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT),hari ini. 

Turut hadir bersama-sama beliau ialah lawannya, calon BN, Datuk Mohd Sabri Alwi 


Mengulas lanjut pencalonannya, Zuraida berkata, keputusan PAS menepati suasana semasa, berdasarkan  keterbukaan masyarakat.

“Saya rasa rakyat sudah terbuka, lebih-lebih lagi di DUN Ladang yang merupakan kawasan bandar.  Terima kasih kepada mantan ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, yang telah berkhidmat selama tiga penggal sejak 2008."tambah beliau. 

Penamaan calon PRU Negeri Terengganu hari ini berlangsung serentak dengan penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) P036 Parlimen Kuala Terengganu. 


Calon PAS/ PN, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim selaku penyandang dicabar calon PKR/ Pakatan Harapan, Azan Ismail.

Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 tahun 2013. PAS meletakkan calon wanita Napisah Ismail bertanding di kerusi N01 DUN Kuala Besut.

Sebelum itu, pada tahun 1959, Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu

Ulasan