Ghazali Yakin Mampu Rampas Bukit Besi


 MARANG- Calon N25 Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yakin Perikatan Nasional mampu merampas kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.

Katanya, tempias gelombang rakyat memilih PN turut melanda DUN berkenaan.

"Rakyat di Bukit Besi terutamanya golongan muda telah melihat bahawa PAS dalah pilihan terbaik untuk mereka.

"Kerana itu ramai yang telah  menzahirkan sokongan dengan menyertai pelbagai program yang kita adakan selama ini, dan telah ramai kalangan rakyat Bukit Besi telah bersama dengan kita.

"Mereka juga tidak terasa terbaik dan kebajikan dirasakan terjaga kerana kita selama ini seringkali mengadakan ziarah kebajikan tanpa mengira kira perbezaan parti," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengisytiharan calon di Dewan Tuan Guru, di sini, Khamis, 27 Julai lalu.

Mengulas lanjut katanya, kepercayaan yang diberikan oleh parti untuk menjadi calon sekali lagi merupakan tanggung jawab yang tidak akan dipersiakan.

"Ini merupakan amanah kepada saya untuk memastikan kesemua DUN dalam negeri ini dapat kita kuasai.

"Insya-Allah kita akan berusaha mengerakkan jentera kita di semua peringkat untuk menambat hati para pengundi,

"di mana kita telah kenal pasti ada beberapa Unit Daerah Mengundi (UDM) yang perlu kita berikan tumpuan untuk memastikan kita menang dengan majoriti selesa untuk dijadikan sebagai referendum bahawa rakyat pada hari ini menolak UMNO Barisan Nasional,'" jelasnyaa.

Dalam pada itu ujarnya, pihaknya telah pun memiliki hala tuju, strategi dan matlamat yang jelas apabila diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Fokus saya antaranya ialah mahu anak muda terlibat dengan bidang keusahawanan dengan mewujudkan lebih banyak 'kiosk-kiosk' terutamanya di kawasan pelancongan.

"Sebelum ini kita telah berjaya mewujudkan dua 'kiosk' di Hulu Dungun selepas ini kita merancang untuk dibuka lebih banyak lagi untuk galakkan lebih ramai yang akan menceburi bidang keusahawanan," katanya.

Selain itu katanya, sektor pertanian akan turut diberikan tumpuan untuk memastikan lebih ramai tenaga muda akan terlibat.

"Ia merupakan solusi untuk kita mengatasi masalah pengangguran selain itu kita akan cuba mencari tanah-tanah baru untuk dijadikan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk membolehkan mereka mendapatkan hasil daripada bercucuk tanam, insya-Allah," tambahnya lagi.

Ulasan