“Kekal Istiqamah Sehingga 12 Haribulan”


DUNGUN - Seluruh jentera, ahli dan penyokong PAS diminta mengekalkan 'stamina', kerja kuat berterusan, sehingga hari membuang undi pada 12 Ogos depan.

Calon PAS/ PN bagi Dewan Undangan Negeri Paka , Ustaz Satiful Bahri Mamat, menyeru agar seluruh masyarakat bagi DUN Paka supaya keluar mengundi dan memilih parti Perikatan Nasional yang berlogo PAS.

"Kekal istiqamah sehingga hari membuang undi pilihan raya ini , 

”saya dengan rasa rendah diri memohon doa daripada tuan puan sekalian agar Allah SWT memberi kekuatan dan agar kita terus istiqamah sehinggalah 12 haribulan ini”ujar nya 

Beliau yang juga mantan ADUN Paka berucap demikian setelah selesai menyerahkan borang calon di sekolah  Jenis Kebangsaan (C) Chee Mong, pada Sabtu. 


Beliau yang masih Exvo kerajaan sementara Terengganu menasihati semua rakyat supaya tidak termakan dengan isu-isu remeh dan peribadi yang sudah mula diputar oleh musuh. 

"pilihan raya wadah untuk memilih pemimpin berdasarkan kebolehan mereka berhujah, mengeluarkan pendapat dan berupaya membawa perubahan kepada masyarakat, 

" bukan pemimpin yang mengambil kesempatan dan menyerang peribadi, " jelasnya. 

Ustaz Satiful pada pilihan raya kali ini akan ditentang oleh calon BN, Ahmad Abdullah Abd Wahab atau dikenali sebagai Mad Paka. 

Pertandingan di antara kedua belah pihak ini disahkan selepas Pegawai Pengurus PRN DUN ke-15  bahagian N.28 Paka mengumumkan penerimaan kertas penamaan calon bagi calon BN pada  jam 9.05 pagi  dan disusuli calon PAS pada jam 9.15 pagi.

Bagi urutan nama pada kertas undi ,saiful bahri (PAS) diletakan pada kotak pertama manakala Ahmad Abdullah Abd Wahab (BN) dikotak kedua hasil undian semasa penyerahan borang calon.

Ulasan