PAS Dan PKR Bertanding Di Kuala Terengganu

 


Oleh : Muhammad

KUALA TERENGGANU – Satu-satunya Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan P036-Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan dua penjuru diatara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PAS mempertaruhkan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Haji Amzad Hashim dan Pakatan Harapan menyandarkan harapan pada bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Azan Ismail sebagai calon mereka.

''Saya rasa majoriti rakyat Kuala Terengganu sudah tidak sabar lagi untuk memberikan jawapan yang terang benderang mengenai sokongan (kepada Perikatan Nasional) sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu" ujarnya.

Datuk Haji Amzad Hashim yakin mampu mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelum ini 40,907 undi.

Untuk rekod, Datuk Haji Amzad Hashim memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU-15 yang lalu selepas memperoleh 63,016 undi, manakala calon BN, Datuk Mohd Zuber Embong memperoleh 22,109 undi, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad daripada PH mendapat 10,946 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar (481 undi).

Beliau yang merupakan Mantan Timbalan Menteri Sains, Tenaga dan Inovasi Malaysia itu berkata momentum gelombang rakyat tidak mampu dihalang dengan apa cara sekalipun.

'"Dengan menatijahkan majoriti yang cukup besar dan kita menjangkakan kemenangan yang lebih besar lagi kali ini,'' ujarnya lagi.

Beliau hadir ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada hari Sabtu, 27 Julai bagi menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi tadi diiringi kira-kira hampir 1000 orang penyokong.

Proses penamaan calon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi daripada kedua-dua pihak yang bertanding.

Melalui undian yang dibuat, Datuk Haji Amzad Hashim diumumkan sebagai Calon No. 1.

Ulasan