'Perkahwinan' PH-BN Tidak Bahagia


 DUNGUN - Perkahwinan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) di sifatkan tidak bahagia dan tiada persefahaman antara mereka serta sukar membuat keputusan bersama.

Mengulas lanjut, Pengarah Pilihan Raya PAS Dungun, Wan Adib Wan Zain berkata, ia dapat dilihat sendiri  oleh rakyat, ketidak serasian kahwin paksa di antara mereka. 

"Pertembungan yang ketara dan bukan lagi sembunyi-sembunyi, apabila  ucapan Tony Pua  pada Majlis Makan Malam Kutipan Dana DAP  yang berharap PH membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan Umno dan BN pada PRU akan datang, 

" Ini telah mengundang kemarahan pelbagai lapisan pemimpin Umno dan BN memberi gambaran jelas pergolakan dalam rumahtangga mereka," sindirnya. 

Tambah Setiausaha MTD Paka itu,  perebutan kerusi di Terengganu secara terang-terangan dapat lihat Dato Ahmad Said sendiri telah pun menegur kesungguhan PAN ingin mendapat jumlah kerusi yang lebih besar sedangkan tiada keupayaan tenaga kerja ,

" Realitinya begitu, kita sendiri sebagai orang luar daripada kepompong mereka pun kita boleh tahu keupayaan masing-masing bukan hanya PAN, Umno itu sendiri sudahpun terhakis banyak pengaruh  di Terengganu, 

" kita lihat gerombolan keluarnya penyokong-penyokong Umno dan  memberi undi kepada Perikatan Nasional(PN) dalam PRU15 pada November tahun lepas," jelasnya lagi 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini kelmarin


Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata, ideologi mereka sangat banyak berbeza, kritik mengkritik dalaman antara satu sama lain adalah perkara biasa.

"Mungkin untuk sehari dua mereka boleh bermuka manis kepada pengikut yang ramai, tetapi untuk jangka masa yang panjang. kita tidak boleh menyembunyikan kemelut dalaman," 

"Bermula cadangan daripada pembebasan Najib, pada mulanya Parti Amanah Negara(PAN) tidak setuju walaupun akhirnya ditarik balik setelah ada bangkangan dari Umno tetapi hakikatnya mereka tidak bersetuju dan DAP pun tidak bersetuju, hubungan mereka hanya retak menanti belah, "tegasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Ulasan