Teguh Pertahan Kemenangan


KUALA NERUS - Rakyat Terengganu diharapkan agar mempertahankan kemenangan dengan sekali lagi memilih PAS sebagai pilihan terbaik.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang berkata ini kerana PAS terbukti dalam tempoh lima tahun diberi mandat oleh rakyat telah berjaya menunaikan segala janji serta 20 manifesto berjaya ditunaikan.

"Saya ingin memohon seluruh rakyat Terengganu untuk membuat pilihan yang terbaik sekali lagi (dan)memohon supaya kita bersama-sama mempertahankan kemenangan ini.

"Marilah kita terus Teguh di atas kejayaan yang telah kita capai dan terus Teguh mempertahankan kemenangan sekali lagi.

"Berilah amanah kepada kami, kerana tidak pernah sebelum daripada ini dan insya-Allah tidak akan pernah memungkiri janji sebagaimana yang dibuktikan dalam Lima tahun yang lalu, " ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Jelajah PN Best yang disempurnakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dataran Jambatan Angkat, di sini, semalam.

Dalam pada itu beliau turut menzahirkan penghargaan kerana selama ini rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PAS untuk mentadbir negeri ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Terengganu yang telah memberikan sokongan dan sokongan kepada Kerajaan PAS sepanjang tempoh lima tahun ini," ujarnya.

Ulasan