Umno Sudah Nazak !!!

 


Oleh ; Rohayati Ripin 

KUALA TERENGGANU - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa mengajak orang Umno agar meninggalkan parti tersebut kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah nazak pada saat ini.

Mantan Setiausaha Agung Umno berkata, beliau menyeru agar rakyat bersama parti Perikatan Nasional sebagai peganti.

"Saya nak ajak orang Umno tinggalkan Umno, Umno ketika ini sudah lari dari perjuangan asal, 

"Tetapi jika masih sayang dan takut keluar Umno, kekallah dalam Umno tapi pilihan raya nanti pangkah PAS.

"Dulu-dulu BN ada berbelas parti. Kemudian koho (semakin) kecil, koho kecil tnggal tiga empat parti. Yang terakhir tinggal nama BN dancing tu. Sebenarnya tinggal Umno, MCA dan MIC pun tak berapa nak ke Barisan Nasional," jelasnya.


Beliau yang juga Presiden Muafakat Nasional berkata demikian dalam program Jelajah Teguh Pertahan yang diadakan di Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu pada semalam.

Menurutnya, cabaran besar bagi rakyat, tak kira parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ialah untuk tunjukkan keupayaan bersolidariti.

"Jangan berpecah belah. Senjata DAP ialah nak tengok undi PAS, orang Melayu, umat Islam, bumiputera, dipecah pencilkan," katanya.

Beliau menambah, Perikatan Nasional merupakan sebuah parti politik gabungan rakyat pelbagai kaum dalam negara yang lahir diambang dilanda Covid-19.

"Sebuah parti mengabung citarasa rakyat pelbagai kaum dalam negara kita yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang telah  melalui ujian paling getir.

"Kerana tidak pernah ada dalam sejarah politik negara kita satu yang paling sukar mentadbir negara sewaktu  kerajaan PN menguruskan negara kita, Covid-19 dan Pasca Covid-19," ujar beliau.

Ulasan