Ustaz Khalil Tekad Pertahankan Kemenangan


 Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU -- Calon PAS/ Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi bertekad untuk mengekalkan kemenangan Pilihan Raya Negeri Ke 15 (PRN-15).


Menurutnya, sepanjang sepenggal PAS memerintah Negeri Terengganu, telah banyak agenda pembangunan dan kebajikan dilaksanakan untuk rakyat.

"InsyaAllah, kita akan terus memacu pembangunan dan perubahan di Negeri Terengganu selepas ini.

"Sekarang adalah masa untuk bekerja bagi mempertahankan kemenangan.


"Bukan sahaja di DUN Batu Buruk, tetapi di seluruh DUN dalam Negeri Terengganu," kata Dr. Muhammad Khalil kepada pemberita hari ini.

Beliau hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER) bagi menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi tadi diiringi kira-kira 4000 orang penyokong.

Ustaz Khalil yang juga selaku penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di situ akan bertanding dua penjuru dengan calon Pakatan Harapan, Zamir Ghazali.

Proses penamaan calon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi daripada kedua-dua pihak yang bertanding.


Ulasan