Ustaz Shafizi Sekali Lagi Mencabar Bazlan

 


KUALA NERUS - Penamaan Calon PRU-15 Negeri Terengganu bagi DUN Batu Rakit, berlangsung di Institut Pendidikan Guru Dato’ Rozali menyaksikan pertembungan seteru lama, Ustaz Mohd Shafizi Ismail mencabar Cikgu Bazlan. 

Kedua-dua calon itu tiba di lokasi seawal 7.30 pagi diiringi perarakan bersama kira-kira lebih 1,000 orang, hadir memberikan sokongan. 

Ustaz Mohd Shafizi (PAS/PN) bersama pencadangnya, Mohd Khairul Nizam Mohd Rozali diapit penyokong, Abd Rahman Yusof menyerahkan borang pada jam 9.13 pagi.


Calon BN, Bazlan hadir di pusat penamaan calon dengan diiringi Awang Koding Che Tom sebagai pencadang, manakala Rosli Omar sebagai penyokong tiba dan menyerahkan borang terlebih awal dari pihak lawan pada jam 9.09 pagi.

Setelah disemak dan diteliti Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, beliau berpuas hati dan tiada penolakan percalonan kedua dua calon dan layak bertanding pada 12 ogos nanti. 


Encik Zul Izhar Mohd Zulkifli berkata, "hanya dua penjuru  mengemukakan borang pencalonan dan kedua-duanya diterima" . 

Pada PRU14, Bazlan meraih kemenangan tipis dengan majoriti 299 undi selepas memperoleh 10,046 undi menewaskan Mohd Shafizi yang mendapat 9,747 undi manakala calon PKR, Amir Long memperoleh 800 undi dan hilang wang deposit.

Ulasan