Alex Teruskan Usaha Kempen Walaupun Keselamatan Diri Terancam


 KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kuala Terengganu Alex Chan Foo Yew, meneruskan usaha kempen pilihan raya umum negeri ke-15, menaikkan 'banner' dan 'poster' sekitar kejiranan Kampung Cina. 

Inisiatif beliau tidak terhenti walaupun menerima cabaran, minggu lalu, apabila bendera PAS yang dikibarnya, dirosakkan dan diconteng dengan cat hitam. 

"Baru sampai rumah, dari pukul 8.30 tadi pasang banner dan poster kat Kampung Cina, main dengan dawai memang makan masa sikit,

"sakit habis jari jari, ini la yang berjuang tanpa bayaran,kita tak gila jawatan, kita cuma nak ada kerajaan yang stabil bersih, maju berkat dan sejahtera,demi masa depan anak cucu kita," ujar beliau menerusi catatan laman sosialnya semalam. 


Pada Khamis 3 Ogos, Alex telah membuat satu laporan polis kerana usaha murninya menyebarkan syiar PAS, dicalar pihak yang tidak bertanggungjawab. 

"semasa saya buat rondaan di perumahan Kampung Cina, saya dapati bendera PAS telah disembur cat warna hitam dan kemudian apabila saya kembali ke Markaz saya dapati bendera yang menutupi khemah telah rosak," kata Alex dalam laporannya. 

Katanya, beliau berharap polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan, kerana bimbang beliau keselamatan diri dan keluarganya. 

Sehubungan itu, Ketua DHPP Terengganu Dr, Balachandran Gopal Krisnan berharap agar perkara tersebut tidak berlaku lagi, pada masa depan, dalam menghadapi suasana kempen yang semakin panas. 


"kita buat laporan apabila kita mendapati markaz DHPP di UDM Kampung Cina diceroboh dan kita tidak tahu siapa pelakunya, 

"Jadi kita buat laporan supaya ia tidak berlaku lagi dan kempen pilihan raya dilakukan secara adil dan saksama dan meminta semua pihak mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera," jelasnya ketika dihubungi. 

Beliau berharap semua pihak bergerak di atas landasan yang tepat dan pihak polis dapat menyiasat kejadian pencerobohan serta pencabulan lambang PAS itu. 






Ulasan