Berita Baik Untuk Orang Muda DUN Langkap


 Oleh ; Rohayati Ripin 

SETIU - Anak-muda dalam DUN Langkap termasuk generasi kedua Felda, Insya-Allah akan mendapat pembelaan sekiranya calon PAS/PN Azmi Maarof diberi mandat dan kerajaan masa kini kekal memerintah Terengganu.

Ketika ditemui sewaktu selepas menyantuni anak muda Kampung Bukit semalam, beliau berikrar akan mengambil inisiatif membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan tersebut.

"Sekira diberi peluang saya akan berusaha untuk projek rumah mampu milik golongan muda yang belum ada tempat tinggal selesa. 

"Insya-Allah, saya usaha dan akan jadi kenyataan untuk bina Rumah Mampu Milik (RMM) generasi ke 2 Felda Chalok Barat dengan tapak cadangan ada doh seluas lebih kurang 10 ekar," jelasnya.

Menurutnya, kebajikan rakyat dan infrastrukrur  di kawasan ini akan terbela sekiranya PAS dapat mentadbir negeri Terengganu sekali lagi.


"95% peserta tanah terkilan dan penafian hak dah pun selesai.

"Insya-Allah akan selesai masalah tanah haram dan buka Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) baru tapak rumah dan pertanian khususnya orang muda," ujar belau yang juga mantan Pegawai Penyelaras DUN Langkap.

Dalam pada itu, menurut beliau, gerak kerja kempen setakat hari kelapan alhamdulillah berjalan dengan lancar.

"Kerja kempen berjalan dengan baik, pasukan kempen muslimat begerak hari-hari dari pagi sampai petang.

"Hasil kempen setakat ni positif dan banyak tumpu pengundi muda.

"Kita buat ziarah Al- Malak di setiap kampung dan setiap malam mengadakan lawatan ke pos-pos," katanya.


Beliau menambah, sambutan rakyat terutama golongan muda sangat menggalakkan.

"Kebangkitan luar biasa oleh pemuda Kampung Bukit dan dalam usaha sertakan doa kepada Allah s.w.t semoga kemenangan milik kita," ujarnya.

Katanya lagi, PAS adalah parti yang terbaik menjadi contoh 5 tahun perintah negeri  Terengganu.

"Kerajaan tidak pinggir orang muda melalui program Exco Belia dan Exco keusahawan bantu dapat kerja dan peluang niaga," tambah Azmi lagi.

Ulasan