Dakwaan BN Kerajaan Pusat Perlu Selari Negeri, Itu Fahaman Lama

 


KEMAMAN - Dakwaan Barisan Nasional (BN) yang menyatatakan bahawa untuk memajukan negeri Terengganu perlu selari pembentukan kerajaan negeri dan pusat merupakan fahaman lama.

Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kefahaman yang boleh diguna pakai adalah kita masih boleh mentadbir kerajaan walaupun berbeza aspirasi politik.

Ahmad Samsuri turut menimbulkan persoalan kepada kerajaan pusat tentang sejauh mana boleh bertahan negara ini.

“Katanya, dalam keadaan kegagalan serta kelemahan yang ada sekarang,” jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembangunan Semula Strawberry Park, Kijal bertempat di Hotel World Kijal semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Sri Bijaya Rajah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yahaya Ali.

Terdahulu, UMNO-PH dalam kempennya berhujah bahawa pentingnya memilih Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan supaya pembangunan peruntukan dan pembangunan akan sampai ke Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata itu dakwaan yang amat lemah kerana Terengganu adalah salah sebuah negeri yang membentuk hubungan dengan Persekutuan.

"Hubungan ini dijamin oleh asas perlembagaan yang kukuh.


“Pemberian Persekutuan kepada negeri juga sudah pun termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan ini.

“Secara umumnya Terengganu menerima 10 jenis pemberian daripada Persekutuan yang kesemuanya berjumlah sekitar RM400 juta setahun.

“Sejarah juga menunjukkan bahawa sejak sekian lama Terengganu diperintah oleh BN di peringkat negeri dan Persekutuan sebelum ini.

“Terengganu masih terkebelakang pada aspek sosioekonomi dan pembangunan berbanding negeri-negeri lain,” ujarnya.

Ulasan