Kacau Sura Kesyukuran Sempena Menang

 


Oleh ; Rohayati Ripin 

BESUT - Seorang Muslimat Kampung Gong Manok dekat sini yang dikenali Rohana Yaacob mengacau sura sebanyak dua kawah dan mengagihkan kepada orang kampung sempena PAS menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Terengganu ke 15.

Katanya, sebelum ini pun, memang menjadi rutin beliau setiap tahun berkongsi rezeki bersama orang di sekitar kawasan tersebut tanpa mengira parti.

"Alhamdulillah tahun ini dapat buat dua kawah berbanding tahun lepas sebanyak tiga kawah. 

"Dua kawah dapatlah dua hingga tiga ratus bekas," ujarnya.


Beliau yang turut dikenali dengan panggilan Kak Zan akan menyimpan daging lembu korban hari Raya Aidiladha untuk buat bubur asyura.

"Ada yang menyumbang duit, ada yang menyumbang tenaga untuk menyiapkan makanan ini," katanya.

Beliau mengucapkan  mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Terengganu ke 15 di DUN Kuala Besut yang mana dun tersebut menang pada kali ini.

"Ahamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah swt mengenai keputusan PRN yang mengembirakan.

" PAS pernah menang di DUN Kuala Besut pada tahun 1999," tambahnya lagi.

Ulasan