Lanjutkan 'Gelombang' Tawan Hati Dan Jiwa Pengundi


KUALA TERENGGANU - Para petugas pilihan raya PAS yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diseru menggunakan pelbagai kebijaksanaan untuk menawan hati dan jiwa pengundi agar gelombang kemenangan PRN dilanjutkan ke selatan tanah air. 

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Dato' Dr Alias Razakl berkata beliau yang telah dilantik sebagai “bapa angkat” di UDM Sungai Abong, Simpang Jeram, mengingatkan agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga adab. 

"Tugasan baru kita ialah ke Johor Bharu bagi membawa gelombang empat buah negeri yang telah kita kuasai untuk kita goncangkan negeri Johor, 

“Jentera Kuala Nerus telah ditugaskan di Simpang Jeram, Muar dan calon kita adalah seorang Dr Mazri seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular.

"beliau juga Pengerusi Lajnah Kesihatan pada penggal yang lepas,” ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, ketika dihubungi. 

Oleh itu, beliau yakin dengan kesungguhan kerja dan munajat kepada Allah, calon PAS akan menang pada hari mengundi 9 September 2023. 

"Tidak mustahil bahkan PAS boleh menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram jika terdapat peralihan sebanyak 70 hingga 80 peratus undi Barisan Nasional (BN) kepada Perikatan Nasional (PN)," tambah beliau. 

DUN Simpang Jeram mempunyai 40,379 orang pemilih dengan 40,373 daripadanya adalah pengundi biasa manakal enam lagi pengundi tidak hadir luar negara.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalui akibat pendarahan otak.


Ulasan