Majoriti Berganda Bukti Kepercayaan Untuk Teruskan Legasi

 


DUNGUN - Kejayaan meraih majoriti berganda 12,822 undi berbanding 4,542 pada PRU14, membuktikan kepercayaan pengundi DUN Rantau Abang untuk meneruskan legasi ADUN terdahulu.

ADUNnya yag baru dipilih, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli melahirkan rasa syukur dan terharu serta mengucap terimakasih kepada pengundi-pengundi diatas kepercayaan yang diberikan.

"Sepanjang ziarah kempen ke Unit Daerah Mengundi (UDM), saya banyak menerima pesanan daripada pengundi supaya menyambung legasi mantan ADUN Cikgu Haji Alias Harun.

"Walaupun apa  yang diamanahkan Allah dan pemimpin parti adalah amat berat.  Insya-Allah saya akan berusaha bersungguh-sungguh meneruskannya dengan idea-idea baharu untuk memastikan kesejahteraan rakyat,


"Saya juga mengharapkan bantuan semua untuk membantu saya dalam melaksanakannya " katanya ketika dihubungi semaam, mengulas kemenangan beliau pada kerusi N26 DUN Rantau Abang, 12 Ogos lalu.

Sementara itu, Cikgu Alias Harun bersyukur diatas kejayaan tersebut dan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada jentera parti yang bertungkus lumus melaksanakan gerak kerja yang telah diatur oleh kepimpinan.

"Kepada rakyat kerajaan negeri akan meneruskan i-Bantuan tanpa mengira pegangan politik, agama dan kaum, jadi nasihat saya, isilah borang PRT20 kepada yang belum isi, kerana bantuan kerajaan kepada rakyat berdasarkan maklumat di borang tersebut," katanya.

Ulasan