"MB Dr. Sam ajar kita, semua rakyat Terengganu adalah rakyat kita"


 Kemenangan besar PAS/ PN di DUN Batu Rakit telah telah dijangkakan, cuma kita tidak jangka terlalu banyak dan jangkaan kita sekitar 3,00 undi majoriti sahaja. Jadi, kemenagangan  6, 019 adalah di luar jangkaan. 

Namun kita telah bersedia untuk menerima kemenangan ini dengan kerja-kerja culaannya, kerja - kerja kebajikannya dan walaupun ada isu-isu tetapi kita dapat selesaikannya dengan baik. Sehinggalah sepanjamg kempen kita dapat bertemu dengan semua orang. 

Saya dapat nasihat supaya calon bekerja, bertemu seramai mungkin pengundi, jadi kita berusaha bersungguh-sungguh  bertemu seramai mungkin orang walaupun mustahil untuk bertemu semua.

Kita atur pertemuang dan kita dapat bertemu Ketua-ketua masyarakat disamping jentera kita, Muslimin, Muslimat, Ameerah, Pemuda dan Ulama buat kerja kempen siang mala

Jadi dengan gerak kerja itu dan doa serta kita berserah kepada Allah, akhirnya kita berjaya memecah kubu kuat Umno di UDM Bukit Wang dan di UDM Pulau Rendang, kita tidak kalah tetapi kita belum menang kerana kita berada di atas jalan untuk menang

Politik Matang dan Sejahtera telah membuka lembaran baharu, membawa kepada masyarakat kampung, sebelum ini kita banyak berlawan dengan cara agresif sehinggakan ada yang berbalah keluarga dan masyarakat.

 Jadi Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa oleh kepimpinan kita ini kita terapkan ke kampung-kampung dan masjid-masjid yang saya sendiri menyampaikan kuliah, mengajak masyarakat bersama bersatu. Jangan lagi ada perbalahan sebab kita ini anak beranak dan dengan siapa lagi kita hendak berkawan. 

Ini yang sebenarnya yang kita bawa dan ini menjadi tarikan kepada orang kampung dari sudut pemberian kita, kita tidak amal macam kerajaan (BN) dulu, orang yang undi kita baru kita beri. Kita beri semua yang layak menerima sebarang bentuk bantuan.

MB Dr. Sam ajar kita, semua rakyat Terengganu adalah rakyat kita. samada PAS atau Umno wajib kita bantu. 

** <a href="https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=195301963548723" rel="noopener" target="_blank">Ucapan Ustaz Mohd Shafizi Ismail ketika ditemubual dalam rancangan Bicara TVDI</a>

Ulasan