"Minta Tolong Sekali Lagi"


Oleh : Rohayati Ripin

SETIU -  Calon PAS/ Perikatan Nasional (PN), Azmi Maarof minta tolong sekali lagi kepada seluruh  rakyat di DUN Langkap agar memberi sokongan dengan  mengundi beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke 15 kali ini.

Katanya, tidak mustahil pada kali ini, PAS akan menang di DUN ini.

“Saya nak ajak pengundi sekali lagi  bersama-sama dengan saya dalam pilihan raya supaya memberi sokongan kepada PAS.

“Baru ini (PRU yang lalu) mintak tolong dah (kali ini nak minta tolong pula.

“Sejarah di Bukit Putera tak pernah menang, berapa belas kali tapi dalam PRU ke 15 baru ini Bukit Putera menang dalam 100 lebih. dalam sejarah.

“Jadi insya Allah  bukan kita nak 140 undi tapi kita nak lebih lagi,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah di Bukit Putera, pada semalam.

Menurutnya, apa yang berlaku pada hari ini adalah kebangkitan rakyat bukan sahaja Terengganu tapi enam buah negeri diadakan pilihan raya.

“Umno kalah teruk bukan sahaja di negeri Terengganu tapi seluruh. (Dalam PRU lalu) Umno dan BN boleh 30 kerusi. 

“Maknanya bila sikit tu orang tak nak ke Umno jadi kalau orang nak orang undi.

“Ramai pemimpin Umno keluar Umno dan masuk PAS dan PN jadi tak munasabah kita nak duduk lagi dengan Umno, tak payah masuk PAS tak apa tapi mengundi pAS. Kalau nak masuk PAS pun lebih baik,” ujar Azmi.

Justeru itu, beliau yakin dengan kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini diharap para pengundi dapat mencapai maklumat yang betul.

“Saya harap khususnya orang muda akan bersama dengan kami dalam PRU ini pada 12 Ogos.

“dan kalau saya berjalan ke kampung sokongan orang muda pada PAS/PN sangat hebat khusus dalam DUN Langkap.

“Saya yakin  DUN Langkap akan menyumbang kemenangan dalam pembentukan kerajaan Terengganu dalam PRU akan datang,” katanya.

Beliau menambah, orang muda tidak perlu merendah diri dan merasa hina.

“Kesedaran rakyat dari segi penyatuan orang melayu  sekarang ini kita bina balik, untuk bina balik kekuatan.

Dengan penyatuan ini kita dapat pertahankan kerajaan Terengganu.

“Lima tahun banyak perkembangan berlaku dari segi pengurusan, kewangan,  pelaburan, dari  segi kurang kadar kemiskinan, kebajikan melihat rakyat menikmati hasil negeri, tambah Azmi lagi.

Justeru itu, beliau menyeru agar  sekali lagi memberi kepercayaan kepada parti PAS khususnya bagi memastikan DUN Langkap diwakili parti PAS.

Ulasan