'Orang Umno' Meluat Dengan Mad Said

 


Oleh : Rohayati Ripin 

SETIU - 'Orang Umno' meluat  dengan perangai Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said yang disifatkan 'banyak bercakap bohong' .

Calon PAS/ PN DUN Langkap yang menang dalam PRN 12 Ogos, Azmi Maarof berkata, faktor itu antara yang menyumbang kepada peningkatan undi PAS. 

"seorang pemimpin perlu bercakap jujur kepada rakyat tetapi! ahli dan penyokong Umno peringkat bawah ada yang tak terima pemimpin tertinggi Umno.

"tindakan kerjasama Umno dan DAP menyebabkan para pengundi mengalih sokongan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Terengganu ke-15 Sabtu lalu," jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, kebajikan rakyat DUN Langkap sentiasa terjaga, semenjak tahun 2018 selepas PAS memerintah negeri Terengganu, antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan. 


"Selama lima tahun PAS memerintah kita bergerak aktif dan cakna rakyat serta kebajikan rakyat diutamakan." ujar beliau. 

Beliau menambah, kekalahan Umno di DUN ini disebabkan calon BN kurang digemari dan tidak dikenali terutama dalam kalangan pengundi muda. 

"hasil semakan peti undi yang kita buat, calon BN hanya dapat sokongan saluran satu, mungkin kerana terhutang budi.

"Orang muda tidak begitu kenal dengan Dato Sabri," ujarnya.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi DUN Langkap, PAS memperoleh 9,553 menewaskan pencabarnya calon BN yang mendapat 6,819 undi. 

Ulasan