PAS DiJangka Kekalkan Kemenangan Di DUN Ladang



KUALA TERENGGANU - Berdasarkan sambutan masyarakat setiap kali calon PAS di  N15 Ladang, Zuraida Md Noor turun bertemu mereka, parti itu dijangka akan mengekalkan kemenangannya. 

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Ladang, Ahmad Kamal Ali berkata kempen berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Alhamdulillah setakat ini   kerja-kerja jentera pilihanraya PAS di DUN Ladang ini berjalan dengan baik sebagaimana yang kita rancang dan  kita melaksanakan tugas-tugas yang  telah diarahkan  oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri Terengganu," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di pejabat DUN Ladang di sini semalam. 


Zuraida, akan ditentang  calon BN, Dato’ Mohd Sabri Alwi.

"Kempen dari rumah ke rumah juga berjaya menarik perhatian pengundi-pengundi untuk mengenali lebih dekat lagi calon kita," katanya lagi.

Kerusi DUN Ladang sebelum ini telah dimenangi oleh Dato Tengku Hassan Tengku Omar daripada PAS selama tiga penggal sejak 2008,

Ulasan