Pengundi Diseru Keluar Awal


Oleh ; Rohayati Ripin

SETIU - Para pengundi diseru agar keluar awal pagi menunaikan tanggungjawab masing-masing dan dinasihatkan supaya tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.

Calon PAS/PN N07 Azmi Maarof berkata, ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu terutama pada waktu petang akan menyebabkan pemilih berdaftar boleh terlepas peluang untuk mengundi.

'Minta keluar awal dan pengundi duduk luar DUN dan perantau pastikan balik mengundi tunai tanggungjawab," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, kedudukan sokongan terkini capai target negeri inginkan.

"Keseluruhan sokongan Unit Daerah Mengundi (UDM) masih lagi mcm Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 baru ini. 

"Bahkan ada UDM meningkat. Lokaliti sebelum ni tak boleh buka pos tapi sekarang boleh buka pos dengan mendapat sambutan baik," ujarnya.

Beliau membuktikan sokongan diterima oleh masyarakat melalui kempen dan ziarah serta program anak muda.

"Malam ini kita perkemas jentera untuk esok.

"Pengangkutan, pengundi luar, poling agen dan cauting agen serta kawalan kampung masing," katanya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada rakyat DUN Langkap agar memilih parti PAS bagi mengekalkan kerajaan yang ada.



 

Ulasan